Tak Tahu Nak Bagi Hadiah Apa? Ini Dia 5 Hadiah Per...

0

 

Tak Tahu Nak Bagi Hadiah Apa? Ini Dia 5 Hadiah Perkahwinan Yang Rare Untuk Pengantin Baru!

 

Musim orang kahwin dah datang! Mesti ramai yang akan menerima jemputan dari jiran-jiran, saudara-mara dan sahabat-handai kan. Sebagai tetamu, pemberian hadiah semasa majlis perkahwinan sudah menjadi satu adat yang biasa dalam masyarakat kita. 

Pasti ramai yang tengah pening kepala, apa agaknya hadiah menarik yang boleh diberikan kepada bakal pengantin nanti.

Memang tidak dinafikan, antara hadiah yang paling banyak diberikan kepada pengantin adalah hadiah berbentuk gelas minuman.  Tak salah pun untuk bagi gelas, tapi kalau dah dua tiga orang bagi hadiah yang sama tak guna juga kan?

Apa kata kalau kali ini korang buat sedikit kelainan dengan menghadiahkan sesuatu yang berbeza dan mungkin juga jarang orang lain bagi kepada pengantin. So, jom kita tengok antara 5 hadiah perkahwinan yang rare untuk pengantin baru, Let’s Go!

 

 

Haa, hadiah hamper ini adalah salah satu hadiah yang agak unik dan jarang orang buat. Bukan hamper gula-gula macam hari keluarga atau sukan sekolah tu ya, ini hamper makanan ala western macam cheese, jam, crackers, dan buah-buahan eksotik. Kalau yang hanya berkenan pada masakan tempatan, bolehlah pilih barang-barang dapur seperti kicap, sos cili, rempah ratus, makanan tin dan banyak lagi.

Korang pilih la makanan yang ada jenama sikit dan boleh simpan lama. Lepas dah beli tu balutkan hamper tersebut cantik-cantik. Baru lah nampak eksklusif walaupun hadiahnya simple.  Bukan setakat pengantin je suka, mak pengantin pun Confirm akan suka punya!

 

 

Nampak macam pelik kan? Sebenarnya pemberian hadiah berbentuk tong gas ini sangat berguna untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan ingin berpindah ke rumah baru. 

Hadiah berupa tong gas ini memang semua isi rumah memerlukan walaupun jarang masak betul tak?

Kalau korang nak tahu, harga tong gas ini bukannya murah tau, satu tong gas sahaja sudah boleh mencecah sehingga puluhan ringgit. Jadi dengan pemberian seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pasangan pengantin untuk melengkapkan barang keperluan rumah. 

 

Selain itu, korang juga boleh jadikan Gift Card ini sebagai hadiah kepada pasangan pengantin . Gift Card ni terdiri dari jenama dan servis yang kita biasa guna seperti Google Play, Netflix, Starbucks, dan macam-macam lagi. Kan best kalau pasangan baru dapat Gift Card ni untuk tujuan berdating dan meluangkan masa bersama!

Korang boleh cari gift card ni di kedai-kedai serbaneka, seperti di 7-Eleven.Harga bermula dari RM30 hingga RM51 je, bolehlah beli beberapa yang korang berkenan!

 

 

Ini menarik! Kalau korang hadiahkan pakej percutian kepada pasangan pengantin yang diraikan, mesti dorang akan melompat keriangan. Siapa je yang tak suka pergi bercuti, lagi-lagi dapat pergi dengan orang tersayang. 

Lagi pun, mesti pasangan pengantin dah penat setelah beberapa bulan bertungkus lumus untuk persiapan kahwin, jadi dengan hadiah pakej percutian ini dapat lah dorang berehat sambil menikmati honeymoon.

 

Kalau kita tengok, hadiah perkahwinan yang berbentuk barangan elektrik seperti rice cooker, microwave dan sebagainya ini juga sebenarnya dianggap biasa dan orang dah selalu bagi untuk pasangan pengantin, tetapi barangan elektrik seperti peti sejuk ini jarang sekali orang nak bagi sebagai hadiah sebab harganya yang agak mahal. 

Apa kata kali ini korang buat kelainan dengan menghadiahkan peti sejuk kepada pasangan pengantin yang korang nak raikan tu. Baru lah rare!

 

Takut lari bajet? Jangan risau, S-Coin kan ada!

 

Takut lari bajet? Apa nak risau, korang kongsi la dengan kawan-kawan yang lain. Kalau nak senang korang beli je dari senQ. senQ kan ada ganjaran S-Coin! Korang boleh beli, kumpul  dan tebus S-Coin yang korang ada tu untuk dapatkan barangan seterusnya yang korang nak dengan harga yang lebih rendah dan berbaloi tau!

Sebagai contoh, harga produk yang korang nak beli kat senQ tu bernilai RM1000. Katakanlah produk tersebut ada ganjaran S-Coin sebanyak 40%. Dekat situ sahaja dah boleh dapat 40,000 S-Coin tau.  

Bayangkanlah kalau korang kumpul S-Coin tu banyak-banyak... dan tebus untuk pembelian seterusnya! Memang korang boleh dapatkan produk seterusnya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai S-Coin ini, korang boleh klik di sini!