Raya Dulu vs Raya Sekarang: Mana yang lebih Senang?
Setiap kali nak Raya, mesti ada satu ayat yang kita selalu dengar: “Zaman dulu tak ada semua benda moden ni pun, elok je Raya.” Betul. Raya dulu tetap meriah. Tapi satu perkara yang kita tak boleh nafikan adalah dunia kita hari ini sudah jauh berbeza.
Raya dulu dan Raya sekarang bukan tentang siapa lebih kuat atau lebih rajin. Ia tentang bagaimana setiap generasi menyesuaikan diri dengan keadaan dan tanggungjawab yang mereka hadapi.
Raya Dulu: Masa Lebih Panjang, Kerja Lebih Fizikal
Dulu, persiapan Raya bermula awal. Mak di dapur, ayah di luar rumah, anak anak tolong apa yang patut. Semua dibuat secara manual.
Nak masak rendang? Kena kacau lama lama atas dapur biasa. Nak masak nasi? Guna rice cooker basic atau periuk atas api. Yang betul-betul klasik, siap guna kayu arang lagi. Kalau nak gosok baju Raya pula dengan seterika konvensional. Lepas tu rumah pada zaman tu hanya bergantung pada kipas siling atau kipas meja.
Penat memang penat.Tapi ketika itu, masa seolah-olah bergerak lebih perlahan. Komitmen kerja tak sepadat sekarang. Gaya hidup dan tekanan kewangan juga berbeza.
Raya Sekarang: Kurang Masa, Lebih Tanggungjawab
Hari ini, kebanyakan keluarga mempunyai dua sumber pendapatan. suami dan isteri bekerja. Anak anak ada sekolah dan aktiviti tambahan. Persiapan Raya perlu dilakukan dalam jadual yang sangat padat. Kerja rumah tak boleh ambil masa berjam-jam seperti dulu. Di sinilah peralatan elektrik moden menjadi pembantu utama di rumah:
- Digital Rice Cooker & Fuzzy Logic Rice Cooker membantu kawal suhu dan tekstur nasi dengan lebih tepat
- Multicooker/Pressure Cooker mempercepatkan masakan lauk tradisional
- 4L & 6.5L Digital Air Fryer menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan minyak
- 2-in-1 Garment Steamer memudahkan urusan gosok pakaian Raya
Keselesaan Rumah: Satu Bentuk Tanggungjawab
Cuaca sekarang tidak menentu. Ada masa terlalu panas, ada masa berjerebu. Kualiti udara dan keselesaan rumah semakin menjadi perhatian. Kalau dulu kipas meja pasang level rendah sudah cukup, kini ramai memilih:
- 60” BLDC Motor Ceiling Fan untuk penjimatan tenaga
- 3D Circulation Fan untuk aliran udara lebih sekata
- Air Purifier dengan HEPA Filter untuk udara lebih bersih
- 30L Air Cooler untuk keselesaan ahli keluarga dan tetamu
Evolusi, Bukan Perbandingan
Raya dulu penuh dengan kesederhanaan. Raya sekarang penuh dengan kecekapan. Generasi lama mengajar kita erti kesabaran dan ketekunan. Generasi sekarang belajar erti perancangan dan pengurusan masa. Matlamatnya tetap sama, Mahukan Raya yang selesa, meriah dan bermakna untuk keluarga tercinta.
Raya Lebih Bijak, Ganjaran Lebih Berbaloi
Kalau korang tengah merancang untuk upgrade atau beli barangan elektrik rumah sempena Raya, sekarang masa yang sesuai untuk buat keputusan bijak. Melalui kempen Untung Gila!, korang boleh dapat 70% S-Coin Cashback untuk barangan terpilih.
Bukan itu sahaja, sempena Raya ni juga senQ ada buat kempen Goal! Untung Raya dari 21 Februari hingga 30 April 2026. Selain menikmati sehingga 70% S-Coin Cashback, pelanggan juga berpeluang menyertai Contest Trip to Mexico bernilai sehingga RM222,000.
Cara penyertaan mudah sahaja! Belanja minimum RM1,000 dalam satu resit, dan penyertaan akan direkodkan secara automatik. Semakin tinggi jumlah dalam satu resit, semakin banyak peluang yang korang dapat.