Tips Pilih Barang Elektrik yang Boleh Jimatkan Bil Anda!
Setiap kali buka bil elektrik, mesti ramai yang mengeluh “Eh, kenapa makin naik ni padahal bukan guna banyak pun? Sebenarnya, kadang-kadang bukan sebab kita guna terlalu banyak, tapi sebab kita guna peralatan yang tak jimat tenaga.
Nak tahu macam mana nak pilih barang elektrik yang boleh bantu anda jimat bil (dan bantu bumi sekali!)? Jom kita kongsi sikit tips bijak tenaga ni.
Peti sejuk 5 bintang boleh jimat tenaga sampai 30–40% berbanding model biasa.
TV atau air-cond yang ada Energy Star pun guna tenaga lebih efisien
Kalau anda tengah cari air-cond, peti sejuk, atau mesin basuh baru pastikan pilih model Inverter. Kenapa? Sebab teknologi inverter ni pandai adjust kuasa ikut keperluan. Tak perlu “on-off” kerap sangat, jadi penggunaan elektrik lebih stabil dan jimat!
Kalau rumah kecil tapi beli air-cond 2.5HP, tenaga yang digunakan terlalu tinggi.
Mesin basuh besar tapi muatan sikit-sikit je? Sama juga, tenaga jalan tapi hasil tak efisien.
Sekarang banyak peralatan elektrik ada mod pintar (Smart / Eco Mode. Fungsi ni automatik kurangkan penggunaan tenaga bila tak diperlukan.
Contoh:
TV dengan Eco Mode akan laras kecerahan ikut cahaya bilik.
Mesin basuh “AI Wash” laras air dan masa ikut beban cucian.
Peti sejuk Smart Inverter kawal suhu ikut kekerapan buka pintu.
Barang elektrik jimat tenaga pun tak guna kalau cara guna tak betul.
Contoh:
Biarkan plug sentiasa terpasang walau tak digunakan
Tetap guna aircond suhu 18°C (padahal 24°C dah cukup sejuk!)
Biar lampu menyala siang hari.
So, kalau pilih barang elektrik yang jimat tenaga bukan sekadar nak kurangkan bil, tapi juga langkah kecil ke arah gaya hidup lebih lestari. Setiap kali anda pilih produk berteknologi inverter atau berlabel tenaga tinggi di senQ, anda bukan je buat pilihan bijak untuk rumah sendiri, tapi juga bantu usaha untuk masa depan bumi kita.
Enter your email / phone number to sign up or log in
Enter your phone number
Enter your email address
Enter your Identification Card Number
Enter the password to your account
By continuing, you agree to Senheng’s Terms of Service and acknowledge that you’ve read our Privacy Policy.
Enter all your details to create an account
By continuing, you agree to our Terms of Service and acknowledge that you’ve read our Privacy Policy.