Collaborations

WFH Lebih Chill! Rumah Kemas Tanpa Ganggu Fokus Kerja

Kerja dari rumah memang nampak fleksibel, tapi realitinya tak semudah yang disangka. Baru nak fokus kerja, tiba-tiba mata nampak lantai berhabuk. Lepas tu nampak pula baju bertimbun. Akhirnya, kerja pun terganggu, mood pun ke laut.

Bila semua benda berlaku dalam satu ruang, nak kerja, rehat, urus rumah semuanya akan jadi lebih serabut kalau tak urus dengan betul.

Tapi sebenarnya, tak susah pun nak kekalkan rumah sentiasa kemas walaupun WFH. Yang penting, kena tahu cara dan guna solusi yang betul.

Rumah Kemas, Kerja lebih Fokus

Bila ruang sekeliling kita tersusun, otak pun rasa lebih “ringan”. Tak ada gangguan visual, tak ada rasa serabut dan senang nak stay fokus dan siapkan kerja dengan lebih cepat. Tak perlu pun spend berjam-jam untuk kemas rumah. Cukup ada rutin ringkas contoh:

  • Sebelum kerja: susun ruang kerja sikit
  • Waktu rehat: kemas area yang selalu guna
  • Sebelum tidur: settle benda basic

Simple je, tapi impak dia memang besar.

Biar Smart Device Buat Kerja Untuk Anda

Kalau nak hidup lebih mudah, biar teknologi ambil alih kerja rutin. Contohnya macam Roborock 2 in 1 Qrevo 5AE Robotic Vacuum ni yang boleh vakum dan mop sekali jalan. Tak perlu sapu, tak perlu mop, just set dan biar dia jalan sendiri.

Sementara korang tengah meeting atau fokus kerja, tahu-tahu je lantai dah siap dibersihkan tanpa ganggu flow kerja. Itulah konsep smart living—kerja kurang, tapi hasil tetap tip-top.

Satu Alat, Banyak Fungsi Adalah Lebih Practical

Kadang bukan malas, cuma masa je yang terhad. Sebab tu penting pilih alat yang multifunction. Hanya dengan satu device je dah boleh buat beberapa kerja lain sekaligus, korang boleh jimat masa dan tenaga.

Macam Midea 3 in 1 Floor Washer ni, bukan cuma boleh vakum dan mop dalam satu masa je tau. Vakum ni pun senang nak digunakan sebab jenis cordless. Tak perlu nak kena cucuk suiz dan tarik extenstion panjang-panjang, hanya tinggal nak capai dan bersihkan lantai sahaja. Lebih cepat siap, lebih banyak masa untuk fokus kerja atau rehat.

Kawal Laundry, Baru Rumah Nampak Teratur

Salah satu punca rumah nampak serabut adalah disebabkan loggokan baju. Bila tak diurus dan asyik tangguh je, memang rumah akan nampak bersepah dan tak terurus.

Cara paling mudah:

Inverter ni, so korang boleh basuh sekali banyak, penggunaan air pun lebih jimat. Bila urusan pakaian lebih teratur, automatik rumah pun nampak lebih kemas dan selesa.

Work Smart, Live Better

WFH tak semestinya stress kalau kita tahu cara urus ruang dengan bijak.Dengan rutin yang simple dan bantuan teknologi, rumah boleh kekal kemas tanpa perlu korbankan masa kerja atau waktu rehat. Akhirnya, bukan saja kerja jadi lebih lancar, tapi hidup pun rasa lebih tenang.

Kalau korang nak upgrade gaya hidup ke arah lebih smart dan effortless, jom explore pelbagai pilihan barangan elektrik yang boleh bantu mudahkan rutin harian korang di sini! Dia lagi best sebab setiap pembelian korang tu, korang boleh dapat Cashback yang besar dan of course lebih berbaloi.

Leave a Reply