Collaborations

Match Day Level Up! Tips Pilih TV untuk Tontonan Lebih Padu!

Musim bola dah makin dekat… dan inilah masa terbaik untuk kumpul kawan-kawan & family tengok match sama-sama. Tapi jujurnya match day yang best bukan sekadar ada makanan dan suasana. TV yang betul pun sebenarnya main peranan yang besar.

Kalau skrin kecil, gambar tak clear, bunyi pun biasa-biasa… memang kurang feel Sebab tu penting untuk pilih TV skrin besar yang sesuai supaya pengalaman tengok bola jadi lagi padu!

Kenapa TV Skrin Besar Penting untuk Tontonan Berkumpulan?

Bila tengok bola ramai-ramai ni, for sure kita nak view yang jelas, aksi kena nampak real, besar & immersive baru ada feel macam tengok kat stadium. Sebab tu TV 55 inci ke atas sangat disarankan.

Cadangan saiz:

  • 55”–65” → Ruang tamu sederhana
  • 75” ke atas → Untuk crowd ramai & pengalaman maksimum

Lagi besar ruang dan lagi ramai orang, lagi besar TV yang korang perlukan.

Pergerakan Smooth, Baru Tak Sakit Mata

Bila tengok bola ni, tak dinafikan selain tengok pemain bola yang kacak, mata kita juga akan tertumpu pada bola tersebut. Bola bergerak laju, kalau TV yang biasa-biasa ni takkan mampu buat gambar TV korang nampak smooth.

Korang perlu cari TV dengan refresh rate tinggi (contoh: 120Hz) dan ada mode khas untuk sukan (sports mode). Baru lah setiap pass, tackle dan gol nampak sharp & jelas.

Wide Viewing Angle: Semua Dapat View Best

Bila tonton beramai-ramai ni, of course tak semua dapat duduk betul-betul depan TV, jadi penting untuk pilih TV yang ada fungsi wide angle supaya warna TV tersebut tak pudar dan kualiti gambar pun cun, walaupun tengok dari tepi. So, tak ada masalah la kalau nak tengok dari mana-mana sudut pun, sebab confirm korang akan puas hati.

Bunyi Kena Padu, Baru Ada Feel Stadium

Bayangkan sorakan penonton masa gol memang goosebumps weh! Sebab tu penting korang pilih TV dengan speaker berkualiti atau tambah je soundbar untuk bunyi lebih hidup dan padu!

Kalau korang ada sistem Audio yang mantap, pengalaman tengok bola pun jadi lagi real dan syok tau. 

Smart TV Adalah Wajib! Mudah Nak Stream

Smart TV ni sebenarnya banyak kelebihannya dari TV biasa tu. Well, tak nak lah tengah syok tengok, tiba-tiba susah nak buka siaran. So, pastikan korang beli Smart TV yang ada apps streaming built-in, Screen mirroring dan yang ada sambungan internet yang lancar supaya senang nak tengok live match, replay highlight atau tukar channel dengan cepat. 

So, kalau korang tengah nak cari TV baru atau upgrade kepada yang lebih padu, korang boleh join kempen UNTUNG GILA senQ ni. Sebut je nak brand dan model apa korang nak, semua ada! Dia yang bestnya kalau beli dekat senQ ni korang boleh dapat pulangan yang besar. Memang berbaloi GILA. Nak tahu info lanjut klik je button di bawah ni sekarang!

Leave a Reply