Harga Barang Naik? Cara Smart Shopping Lebih Jimat & Berbaloi
Sekarang ni ramai orang tengah bercakap pasal benda yang sama iaitu harga barang yang makin lama makin naik dan mahal. Pergi pasar raya naik, makan luar naik, barang rumah pun makin terasa bezanya. Bila tengok harga, memang ramai jadi lebih berhati-hati sebelum keluarkan duit.
Tapi jangan risau, bila harga makin tinggi bukan maksudnya kita kena tangguh semua benda. Kadang-kadang, apa yang kita perlukan masih boleh dimiliki kalau tahu cara beli dengan lebih bijak. Yang penting bukan sekadar beli, tapi beli dengan strategi yang betul.
Kadang-kadang kita nampak promo terus rasa nak grab. Tapi sebelum checkout, tanya diri sendiri dulu sama ada kita memang perlu atau tak.
Kalau Mesin basuh dah mula berbunyi bising, peti sejuk dah tak berapa sejuk atau vacuum dah kurang power, itu dah masuk kategori keperluan. Bila beli barang yang memang membantu kehidupan harian, rasa puas tu lain macam sikit.
Ramai orang suka kejar harga murah sebab nak jimat. Ya! Tidakan tu memang tak salah, tapi jangan lupa tengok juga kualiti. Kadang-kadang barang murah akan cepat rosak dan akhirnya kena beli baru juga nanti. Tak pasal-pasak kena keluar duit lebih banyak. Jadi lebih baik pilih produk yang tahan lama, fungsi sesuai dan boleh digunakan bertahun-tahun.
Bila beli barang yang betul dari awal, poket pun kurang sakit kemudian hari.
Zaman sekarang semua info ada depan mata. Sebelum beli, ambil masa sikit untuk compare harga, fungsi, review pengguna dan promosi semasa.
Kadang-kadang beza harga tak banyak, tapi fungsi jauh lebih bagus. Ada juga masa promosi tertentu bagi lebih banyak value berbanding harga biasa.
Setiap orang ada gaya urus kewangan yang berbeza. Ada yang suka bayar terus, ada yang selesa guna ansuran supaya bajet bulanan lebih ringan.
Tak kisah cara mana pun, asalkan sesuai dengan kemampuan. Bila kita beli ikut kemampuan sendiri, tak adalah rasa menyesal lepas tu.
Bila harga barang naik, promosi yang betul memang boleh bantu kita beli dengan lebih tenang.
Kalau korang tengah plan nak upgrade barangan elektrik rumah, senQ kini ada kempen istimewa sempena musim raya dengan ganjaran menarik untuk pelanggan yang buat pembayaran melalui Ansuran Mudah AEON Credit. Pelanggan yang layak berpeluang menikmati Hadiah Raya sehingga RM20,000 dan 2,000 Mata Ganjaran AEON untuk 1,000 pelanggan terawal sahaja.
Jadi kalau memang dah lama survey barang idaman, mungkin ini masa paling sesuai untuk buat keputusan dengan lebih smart, lebih jimat dan lebih berbaloi bersama senQ.
|
Uploaded
Failed
|
![]() |
Enter your email / phone number to sign up or log in
Enter your phone number
Enter your email address
Enter your Identification Card Number
Enter the password to your account
By continuing, you agree to our Terms of Service and acknowledge that you’ve read our Privacy Policy.
Enter all your details to create an account
By continuing, you agree to our Terms of Service and acknowledge that you’ve read our Privacy Policy.